Bolehkah Tidak Bersanad Mengajarkan Tarekat?

September 18, 2023 - 06:40
 0
Bolehkah Tidak Bersanad Mengajarkan Tarekat?

Pertanyaan: Apakah boleh orang yang tidak mempunyai sanad yang sambung kepada Rasulullah Saw mengajarkan Tarekat kepada murid? Apakah boleh memberi ijazah kepadanya?

Jawab: Tidak boleh, kalau Tarekat itu Tarekat Mu’tabarah seperti Tarekat Naqsyabandiyah, Qadriyah, Khalidiyah, dan semacamnya, yaitu Tarekat yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah SAW.

Sumber referensi:
Khaziinah Al-Asraar, hal. 188: Orang yang silsilah/ sanadnya tidak bersambung ke hadirat Rasulullah SAW itu, terputus dari pancaran rohani dan ia bukanlah pewaris Rasulullah Saw serta tidak boleh membai’at dan memberi ijazah.

Ushuul al-Tariq, hal.89: Semua ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada guru-guru tarekat dan tidak mendapat izin untuk memimpin umat di majlis tarekat, tidak boleh menjadi mursyid, tidak boleh membai’at, tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan-amalan lain dalam tarekat .

Tanwir al-Quluub, hal. 534: Tidak boleh menjadi guru tarekat dan mursyid kecuali setelah mendapat kebenaran dan izin, sebagaimana kata para imam, kerana sudah jelas bahwa orang yang menjadi guru tarekat tanpa mendapat izin itu bahayanya lebih besar daripada keselamatannya, dan ia memikul dosa sebagai perompak/penyamun tarekat, serta jauh dari darjat murid yang benar, apa lagi dari derajat guru tarekat yang arif.